Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan…

SEPASUKAN anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Bharu dipanggil bagi membantu menurunkan jenazah seorang wanita obesiti seberat 190 kilogram ke dalam liang lahad, hari ini.

Jenazah wanita berusia 50 tahun itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tanjong Chat, Kota Bharu, pada 11.40 pagi.

 

Ketua Operasi, Mohd Zainuddin Senawi, berkata pihaknya menerima panggilan pada 11.29 pagi dan beliau bersama lima lagi anggota bergegas ke tanah perkuburan.

“Ketika kami sampai, jenazah wanita itu sedang dalam perjalanan dan tiba beberapa minit selepas itu.

“Kami menggunakan tali penyelamat diikat di lima penjuru pengusung sebelum meletak jenazah terbabit.

“Selain enam anggota terbabit, kami mendapat bantuan beberapa penduduk kampung yang turut membantu menurunkan jenazah ke liang lahad,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Zainuddin berkata, proses menurunkan jenazah itu tidak memakan masa lama dan hanya lima minit sahaja diambil.

Menurutnya, ia adalah khidmat khas kemanusiaan daripada pasukan bomba terhadap masyarakat dan bersedia membantu bila-bila masa dan apa juga situasi diperlukan.

sumberHM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*