Demi Tanggungjawab Pada Ibu

TINDAKAN lelaki membawa ibunya yang sudah uzur menaiki motosikal dengan meletakkan warga emas itu di bahagian hadapan, mengundang rasa sayu netizen.

Dia juga dilihat menyuapkan makanan kepada ibunya di kedai makan di Wakaf Bharu, Tumpat, sehingga tular di media sosial.

Demikian rutin Che Mohd Taufik Sulaiman, 44, yang menjaga keperluan ibunya Habshah Ngah, 83, selepas kematian bapanya beberapa tahun lalu.

Che Mohd Taufik berkata, selepas arwah bapanya meninggal dunia, dia mengajak ibunya, berhijrah ke Kelantan pada 1995 dan menetap di Pondok Al Diniah Al Yusuffiah Banggol Naim, Gelang Mas, Pasir Mas sehingga kini.

“Sebelum ini, kami menetap di Pulau Duyong, Terengganu, sebelum mengambil keputusan untuk berhijrah ke pondok ini bagi menuntut ilmu agama selepas saya meminta kebenaran abang dan kakak untuk membawa ibu bersama.

“Sudah 24 tahun kami tinggal di pondok ini dan kebanyakan mereka yang mengenali saya dan ibu amat memahami keakraban kami kerana sering bersama setiap masa.

“Walaupun kami adik beradik tidak tinggal bersama, namun mereka ada bertanya khabar dan setahun sekali akan datang beraya bersama di pondok ini jika kami tidak pulang ke Terengganu.

“Selepas mendirikan rumah tangga sejak November tahun lalu, isteri banyak membantu menguruskan keperluan ibu ketika saya tiada di rumah,” katanya ketika ditemui, Pasir Mas, semalam.

Anak bongsu daripada empat beradik ini berkata, selain menghidap penyakit darah tinggi, ibunya juga mempunyai masalah saraf sejak empat tahun lalu sehingga menyebabkannya hilang upaya untuk berjalan.

“Setiap kali saya keluar mengajar, isteri akan mengambil alih tugas menguruskan ibu di rumah termasuk memandikannya serta menyuapkan makanan.

“Alhamdulillah, saya bersyukur kerana dikurniakan isteri yang memahami dan sanggup bersama-sama untuk menjaga ibu yang sudah uzur,” katanya.

Katanya, dia dilantik menjadi tenaga pengajar di Pondok Al Diniah Al Yusuffiah sejak enam tahun lalu dan kerja yang dilakukan adalah ikhlas dari hati untuk menyumbang ilmu agama kepada anak-anak di pondok itu.

“Mujurlah ibu mendapat bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang diperolehinya sebanyak RM300 selain wang zakat daripada mereka yang datang melawat dan boleh digunakan untuk membeli keperluan ibu.

“Setiap sebulan atau dua bulan sekali saya perlu membawa ibu ke Hospital Meranti, Pasir Mas untuk menjalani rawatan susulan dengan menunggang motosikal yang sudah uzur.

“Apabila membawa ibu menunggang motosikal bersama, saya meletakkannya di bahagian hadapan, kerana bimbang dia akan terjatuh disebabkan keadaannya yang uzur selain menghidap penyakit saraf,” katanya.

Katanya, dia amat mengharapkan bantuan supaya ada pihak yang sudi menyumbangkan motosikal roda tiga bagi memudahkannya membawa ibunya ke hospital.

Ditanya mengenai perbuatannya itu tular di media sosial sehingga menyentuh hati ramai pihak, Che Mohd Taufik mengakui terkejut dengan perkara itu.

“Rakan menunjukkan gambar saya bersama ibu yang tular di media sosial.

“Saya bukan nak raih simpati dan hanya menjalankan tanggungjawab anak kepada ibunya,” katanya.

Netizen Tersentuh Melihat Tindakan Terpuji Lelaki Jaga Ibu Uzur

Benarlah kata-kata “Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa”. Sebagai anak sudah menjadi tanggungjawab kepada kita untuk menjaga kedua orang tua kita seperti mana mereka menjaga kita bagai menatang minyak yang penuh. Dididik, dijaga dengan penuh kasih sayang. Perkongsian Shafiq’s Hamzul baru-baru ini buatkan ramai netizen mengalirkan air mata.

Shafiq telah berkongsi gambar seorang anak membawa ibunya yang tua dan uzur menaiki motosikal dan kemudian menikmati makanan di kedai dengan si anak menyuap si ibu dengan penuh kasih sayang..allahu, siapa yang potong bawang ni aishh!

“Bagoh deh anok dyo bwok mok mari make keda dgn keadaan mok xleh jale.”

Siapa tak sebak melihat gambar di atas? Jelas dari pandangan mata si anak, memperlihatkan perasaan kasih dan sayang sepenuh hati kepada si ibu yang kelihatan tidak begitu bertenaga.

Si ibu pula, bagai mengerti kasih sayang si anak, memandang anak lelakinya dengan penuh manja dan bahagia..rindunya kat mak

Admin pun jeles tengok keakraban anak beranak ini yang kelihatan cukup menikmati momen indah walaupun dalam keadaan serba kekurangan.

Tengok anaknya suap ibu pun admin boleh nampak keikhlasan lelaki itu menjaga ibunya.

Anak syurga, berjasa kepada ibunya yang uzur

Selidik punya selidik, rupa-rupanya admin difahamkan yang lelaki tersebut dikenali sebagai Babo Taufik dan dia tinggal di Pondok Gelang Mas, Kelantan.

Apa yang admin dapat kongsikan kepada korang semua, Babo sememangnya sudah lama menjaga mak dia malah dia cukup rapat dengan ibunya itu.

Walaupun hidup dalam serba kekurangan, Babo sentiasa memastikan ibunya dijaga dengan baik..Tak semua mampu buat macam apa yang lelaki ini buat, salute!

Ya Allah sedih nyo tengok

Syurga buat mu bro – Netizen

Untung mak dia dapat anak macam ni

Semoga lelaki tersebut mendapat balasan yang setimpal atas amanah dan tanggungjawab yang dijalankannya sebagai anak..rindu emak

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @KhalifahMedia

 

 

Sumber : Harian Metro via FC

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*