Guna Robot Siapkan Kerja Sekolah

BEIJING: Seorang pelajar perempuan ‘kant0i’ menggunakan robot untuk menyiapkan kerja sekolahnya selepas ibunya mengesyaki sesuatu apabila dia berjaya menghabiskan tugasannya dengan terlalu cepat dan kemas.

Dalam kejadian di Harbin, Heilongjiang itu, remaja berusia 15 tahun terbabit dilaporkan membeli robot berkenaan dalam talian dengan harga 800 yuan (RM484) menggunakan wang ang pow diperoleh ketika sambutan tahun baharu, baru-baru ini, lapor Daily Mail.

Ibunya mengesyaki sesuatu tidak kena apabila dia berjaya menyiapkan semua kerja sekolah dalam hanya dua hari dengan tulisan yang sempurna tanpa sebarang kes1lapan, lapor media China.

Apabila memeriksa bilik anaknya, wanita itu menemui mesin kecil itu. Qianjiang Evening News melaporkan, wanita dikenali dengan nama Zhang itu yang berang dengan penemuan berkenaan memecahkan mesin itu dan memarahi anaknya.

Zhang dilaporkan berkata: “Patutlah kamu begitu cepat menghabiskan kerja sekolah. Rupanya ada ‘penulis.’ Mungkin ia boleh membantu dengan kerja sekolah kamu, tetapi bagaimana ketika peperiksaan?”

Menjadi amalan biasa di China untuk guru memberikan kerja sekolah mewajibkan murid mereka men1ru atau menyalin teks termasuk sajak atau petikan buku.

Kisah itu mencetvskan deb4t di media sosial, dengan ramai orang mempertikaikan sejauh mana wajar untuk memberikan kerja sekolah yang tidak memanfaatkan pelajar. Namun tidak kurang juga yang menganggap robot itu amat berguna.

“Memang satu ciptaan hebat! Kalaulah saya memilikinya ketika belajar dulu,” kata seorang pengguna Weibo.

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @KhalifahMedia

 

 

Sumber : Harian Metro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*