Tiada jodoh…

“HATI siapa yang tak remuk apabila dapat tahu teman wanita bertunang dengan lelaki lain,” luah penyampai radio Era FM, Danial Zaini selepas wanita yang dikenali hampir dua tahun melangsungkan pertunangan pada hujung Disember lalu.

Danial ditemui berkata, sebaik mengetahui kekasihnya melangsungkan pertunangan dia bergegas bertemu keluarga wanita itu di Segamat, Johor.

“Saya tiba sebelah malam dan majlis sudah selesai. Mujur keluarganya memberitahu dia bertunang pada hari berkenaan kerana saya mengenali ibunya sudah lama.

“Ketika pertemuan dengan keluarganya saya menceritakan perkara sebenar mengenai hubungan kami sepanjang dua tahun ini tapi semuanya sudah terlambat.

“Saya anggap apa yang berlaku ini tiada jodoh antara kami. Saya reda apabila dia memilih untuk bertunang dengan lelaki lain,”katanya.

Menurut Danial, dia memohon maaf kerana tidak dapat berkongsi punca perpisahan mereka hingga wanita itu mengambil keputusan bertunang.

“Saya buntu dan tak sangka dia membuat keputusan mengejut bertunang dengan lelaki lain.

“Jujur kami pernah berbincang untuk ke fasa seterusnya tapi segala yang dirancang tidak direalisasikan,”katanya.

sumber:HM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*