“Saya Yang Tulis Lirik, Hasilkan Lagu Itu. Tak Timbul Soal Beli” – Shuib

KUALA LUMPUR: Pelawak yang mula berjinak-jinak dalam bidang penciptaan lagu, Shuib menafikan single Semakin dendangan isterinya, Siti Sarah tidak asli atau mirip lagu Agnes Monica, Matahariku hingga kecundang di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-33.

Malah, Shuib, 34, mempertahankan lagu itu adalah hasil ciptaannya sendiri, bukannya dibeli.

“Saya yang tulis lirik dan menghasilkan lagu itu… Tak timbul soal lagu itu dibeli.

“Apa yang berlaku (pada AJL33) berpunca kesilapan kita sendiri kerana susunan muziknya mirip lagu Matahariku,” katanya kepada BH Online.

Menghuraikan lebih lanjut kontroversi lagu Semakin, Shuib berkata, ketika ia dirakamkan, Sarah meminta susunan single itu mirip lagu dendangan penyanyi Indonesia itu.

“Sarah beritahu Aepul Roza agar muzik lagu Semakin dihasilkan sebegitu. Tetapi, apabila di pentas final AJL33, kita tukar susunan muzik lagu itu agar tidak kedengaran sama.

“Namun, ada pihak yang mempertikaikan kenapa diubah,” katanya.

Shuib berkata, sebelum ini, dia pernah membangkitkan kepada Sarah mengenai isu lagu itu yang mirip Matahariku.

“Sarah beritahu, ini lagu dia, jadi dia nak ada ‘bunyi-bunyi’ macam lagu Matahariku,” katanya.

Shuib berkata, dia tidak merajuk atau berkecil hati dengan komen juri AJL33, sebaliknya belajar daripada kesilapan itu.

Malah, penyampai stesen radio Hot FM itu merancang menghasilkan single baharu untuk Siti Sarah dengan kemungkinan sebuah lagu dipertandingkan pada AJL34.

“Saya tak cakap terima bulat-bulat komen juri. Cuma, kesilapan kita sendiri daripada segi susunan muzik.

“Kita sudah belajar daripada kesilapan itu… Saya tak berkecil hati atau merajuk untuk menghasilkan lagu buat Sarah,” katanya.

Shuib berkata, ketika ini, ada dua hingga tiga lagu baharu yang akan diberi kepada isterinya itu.

“Single kedua lebih kurang sama dengan Semakin. Ada satu lagi single dihasilkan untuk dipertaruhkan di pentas AJL akan datang,” katanya.

Lebih selesa memberikan lagu ciptaannya kepada isteri berbanding artis lain, Shuib mengaku segan menyerahkan karyanya kepada penyanyi lain.

“Ini kali pertama kita masuk AJL dan harapan hendak menang memang ada.

“Tetapi tidaklah kecewa teruk kerana kalah… Kita gembira pada masa itu. Ini kerana saya tak sangka, beginilah kalau masuk AJL di mana kita ada pasukan daripada menjaga tata rias hinggalah buat rambut.

“Selepas selesai AJL, kita duduk berbincang dan kalau ada rezeki lagi tahun depan, hendak rasa lagi,” katanya yang hadir pada majlis kesyukuran dan doa selamat Hot FM dan Kool FM di sini, malam tadi.

Video :

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @KhalifahMedia

 

 

Sumber : BH Online

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*