Kajian Membuktikan Bahawa Ibu Yang Kuat Berleter Membuatkan Anak Jadi Lebih Berjaya

Jika suami atau anak kompelin kita ibu yang suka mendesak dan membebel, jangan ambil hati. Teruskan saja walaupun anak-anak mungkin rimas mendengarnya. Percayalah anak akan berterima kasih pada kita kemudian hari.

Sebabnya menurut kajian yang dikendalikan Universiti of Essex di England anak yang didesak ini berkemungkinan besar lebih berjaya berbanding anak daripada ibu yang tidak berbuat demikian.

Letak standard lebih tinggi

Sejak tahun 2004 hingga 2010 penyelidik telah mengikuti kehidupan 15,500 gadis remaja berumur 13 dan 14 tahun. Dari penelitian itu mereka mendapati anak dengan ibu yang suka mendesak selalunya meletakkan standard tinggi kepada anak dan lebih ramai anak ini berjaya melanjutkan pengajian ke kolej dan memiliki gaji besar.

Satu lagi bonus menjadi ibu suka mendesak ini,anak kurang terjeb4k dengan mas4lah sos1al seperti ham1l luar nik4h. Jadinya punya ibu suka mendesak dan berleter ini ada kebaikannya. Mak-mak jadikan ini sebagai alasan kuat untuk terus membebel.

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @KhalifahMedia

 

 

Sumber : Vanilla Kismis via Womansday

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*