Berhati-Hati Di Usia 35 ke 40 Tahun Kerana Banyak Ujian Yang Mula Mendampingi Anda

Kebanyakan kita akan mula diuji apabila mencapai umur 35 tahun – 40 tahun. Ujian yang datang itu sama ada daripada karenah anak-anak yang sedang meningkat remaja, dari pasangan kita (bergadvh, bercer4i dan sebagainya) atau daripada ibubapa kita seperti mereka sak1t atau kem4tian mereka.

Sebenarnya diusia ini Allah sedang memanggil kita atau mengingatkan kita agar bertaubat kepadaNya. Bagaimana cara Allah penggil kita atau ingatkan kita? Kebiasaannya kita diuji. Apabila diuji manusia biasanya akan kembali melutut dan bersujud mengadu dan memohon pertolongan dari Allah.

Bagi orang yang bijak dan beriman, mereka akan memperbaiki diri mereka dengan memperbaiki amalannya dan memperbaiki hubungan dengan ahli keluarga dan pasangannya. Jika dulunya dia sangat b0ros, tidak menyimpan wang atau menggunakan di jalan yang salah, kini dia sudah mula berjimat dengan menyimpan untuk berbagai persediaan nanti. Semoga penyudahnya dapat berkumpul di syurga nanti. Biarlah kita berkumpul dan bahagia bermula di dunia lagi sehingga ke akhirat

Bagi orang yang kurang bijak dan kurang iman, mereka tetap leka dan langsung tidak membuka deria mereka terhadap peringatan Allah swt malah tetap dengan keseronokan dunia, berkumpul dengan rakan-rakan tidak tentu masa dan kurang memberi perhatian kepada keluarga.

Allah berfirman di dalam surah al-Ahqaaf ayat 15 yang bermaksud:

“Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: “Wahai Tuhan ku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmat-Mu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal salih yang Engkau redhai dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepada Mu).”

Ada segelintir manusia yang sudah melewati usia 50 tahun masih lagi mengejar keduniaan. Alangkah baiknya jika diusia sebegini banyakkan mendekati diri dengan Allah. Diusia emas sebegini tidak lagi boleh merasakan diri kita seperti orang muda. Bukan lagi masa untuk kita banyak dengan laman-laman sosial dengan kawan-kawan sebaya atau sebaliknya, melayan nafsv yang marak menyala padahal kedut dan uban sudah tumbuh merata. Ada yang masih sibuk mencari cinta diluar sedangkan rumahtangga yang halal dibiar berantakan. Tabahan pula mempunyai wang yang banyak.

Walaupun kawan sebaya, saudara mara ramai yang sudah mening gal dunia, mereka tidak lagi merasa insaf dan seolah-seolah seperti masih sihat dan kuat. Amatlah menyedihkan tatkala orang lain mempersiapkan diri untuk mengadap yang maha esa, ada dikalangan kita masih khayal dibuai perasaan akibat tertipv dengan nafsv sendiri.

Nafsv memang tidak pernah tua. Ia sentiasa muda dan bergolak. Manakala yang semakin lelah dan tua adalah tubuh dan kudrat kita sahaja. Jika Allah menghalang tubuh manusia mengalami proses penuaan, pasti kita semua lebih leka, lebih degil untuk menyahut panggilan pulang.

Sehinggalah tiba saatnya nyawa dicabut dari jasad dan r0h dibawa mengadap ilahi. Kita hidup di dunia ini tidak lama.

Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:

“Umur-umur umatku antara 60 hingga 70 tahun, dan sedikit sahaja yang melangkaui umur tersebut”. [HR. Ibnu Majah: 4236].

Jika kita merasakan usia 35, 40 atau 70 tahun itu lama, bagaimana setelah kita kembali ke alam barzakh nanti? Bagaimana pula di AKHIRAT nanti setelah kita dibangkitkan dan hidup dalam waktu yang sangat lama?

Ingatlah saudaraku semua, ketika itu tidak ada yang mampu membantu kita kecuali amal baik kita, sedekah jariah kita semasa di dunia. Oleh itu, bermuhasabahlah kita, sudahkah kita mempersiapkan diri kita. Banyakkan ibadah dan bertaubatlah kepada Allah tuhan semesta alam.

Firman Allah yang bermaksud :

“Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kalian kepada Allah, dan LIHATLAH DIRI MASING-MASING apakah yang sudah ia PERSIAPKAN untuk KEHIDUPAN ESOKNYA”. [Al-Hasyr:18]

“Berhati-hati di usia 35 tahun – 40 tahun”. Semoga ianya memberi manfaat kepada saudara semua dan juga diri sendiri – Wallahu a’lam.

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @KhalifahMedia

 

 

Sumber : Suka Viral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*