Saya tak paksa dia bertudung- Mark Adam

PENYANYI, Mark Adam meluahkan rasa gembira apabila isterinya, Norazah Redzuan kini sudah berhijab.

Mark, 39, berkata, keputusan dibuat isterinya atas kerelaan sendiri selepas pulang dari Tanah Suci Makkah.

“Sekembalinya kami dari menunaikan ibadah Umrah, dia sendiri yang buat keputusan untuk bertudung.

“Saya tidak pernah paksa dia. Tapi apabila dia sendiri sudah bertudung hati saya rasa lagi seronok. Lawa dia bertudung,” jelasnya.

Mengenai perkembangan nyanyian, Mark yang popular menerusi lagu Si Katak dan Marry Me bakal mengeluarkan single terbaharu pada 27 Januari ini, berjudul Amnesia (lupa ingatan).

“Lagu ini dicipta sepenuhnya oleh saya dan ia mengembalikan feel seperti lagu-lagu rancak saya sebelum ini.

“Dalam pada itu, bait lirik lagu ini juga saya ada masukkan sedikit unsur komedi dan menariknya ada 12 nama wanita.

“Cerita lagu ini sangat menarik namun kena dengar dahulu baru boleh faham maksudnya,” ujar Mark.

Mark Adam walau sudah 14 tahun berkahwin dengan isteri Norazah Redzuan dan masih belum dikurniakan cahaya mata namun dia tidak tertekan dengan perkara itu.

Supaya tak rasa tertekan

Berkongsi cara berdepan dengan situasi tersebut memetik laporan Astro Gempak, 3 perkara ini adalah apa yang dilakukan oleh Mark.

Ujarnya dia menganggap soalan bila nak ada anak itu adalah normal, percaya pada rezeki Tuhan dan sabar kerana lama kelamaan akan terbiasa denga soalan itu.

“Tidak dinafikan memang setiap kali raya orang akan bertanya mengenai soal anak namun saya anggap pertanyaan itu adalah normal untuk diajukan kepada pasangan yang sudah berkahwin.

“Waktu mula-mula dulu memang ada sedikit tertekan tapi lama-kelamaan saya dan isteri rasa biasa saja,” katanya.

Suka kanak-kanak tapi tiada rezeki

Mark berkata lagi bahawa dia dan isterinya sangat menyukai kanak-kanak namun apakan daya rezekinya untuk mendapat cahaya mata sendiri masih belum tiba dan dia menyerahkan segalanya kepada tuhan.

“Saya dan isteri sangat sukakan budak-budak dan saya percaya pada rezeki tuhan, kita tunggu sajalah,”ujarnya lagi.

Mark yang berasal dari Filipina berhijrah ke negara ini pada tahun 2001 telah bernikah dengan Norazah pada tahun 2003.

sumber: Sinar harian via astro gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*