Buah Malberi, Nampak Biasa Tetapi Rupanya Banyak Khasiat Yang Ramai Tidak Tahu

Pernah makan buah malberi? Memang rasanya enak dan manis. Biarpun buah ini nampak biasa-biasanya, rupanya khasiatnya memang luar biasa sebagaimana perkongsian ini. Jom kita semak khasiatnya.

KHASIAT POKOK MALBERI

Beberapa hari yang lalu, sahabat saya, Ustaz Dato’ Ibrahim Lai bertandang. Dia bawa seranting pokok Malberi (Mulberry) atau nama saintifiknya Morus Alba. Di Indonesia dipanggil Murbei, di China dipanggil Sangye.

Di Malaysia, daun pokok Mulberry dikenali sebagai daun ulat sutera atau besaram. Kenapa pulak? Sebabnya, daun Mulberry adalah makanan utama ulat sutera. Tanpa makan daun ini, ulat sutera tidak akan menghasilkan sutera yang baik. Orang belah utara panggil pokok ni BAYAM BATU.

Beriya-iya Ustaz Ibrahim Lai bercerita tentang khasiat pokok Malberi ini Apa tidaknya, dah lama dia mengidap karang dan tekanan d4rahnya juga tinggi dan kencing tak lawas. Baru-baru ini semasa berada di Pulau Pinang, karangnya menyerang kuat. Dia sak1t tak tertahan. Kawannya yang juga berbangsa Cina rebuskan air daun ini. Keesokan hari sak1t karangnya hilang. Kencingnya juga lawas.

Kemudian dia buat pemeriksaan d4rah. Doktor pun tanya apa dia makan sebab d4rahnya dah normal. Isterinya yang mengidap sak1t pinggang juga lega, dah tak sak1t. Seorang lagi sahabat yang stroke dah boleh angkat tangan selepas makan air rebusan ini.

Itu yang diceritakan dengan penuh semangat.

Sebenarnya orang Cina termasuk di tanah besar dah lama amalkan iaitu sejak 1800 tahun yang lalu di mana keseluruhan pokok Malberi ini telah dimanfaatkan. Dari buah, ranting, daun dan juga akarnya ada unsur-unsur untuk rawatan penyembuhan.

Buah Mulberry mengandungi as1d sitrik, gula dan vitamin C. Daun Mulberry pula mengandungi adenin, amilas, as1d suksinik, karotena dan kolin. Biji Mulberry mengandungi ureas.Kulit akar pokok mulberi mengandungi beta-amirin, minyak meruap, resinotanol dan sitosterol.

Tak hairanlah penggemar ulam menjadikan pucuk daun Malberi sebagai ulam. Rasanya lebih kurang seperti kangkung. Pucuk ni jugak boleh dimasak lemak cili api

Jangan tak tahu, daun mulberi juga boleh dibuat teh. “Teh daun mulberi”…wowww. Teh mulberi ni rasa manis-manis buah walau pun tanpa gula.

Pokok ini telah dikaji oleh pakar k1mia. Mereka mendapati daun Mulberi mengandung beberapa ekstrak k1mia untuk tubuh seperti ecdysterone, inokosterone, lupeol, betasitosterol, rutin, moracetin, isoquersetin, scopoletin dan pelbagai lagi.

Khasiatnya yang dikata oleh Ustaz Ibrahim betul belaka. Tapi itu cuma beberapa jenis penyak1t sedangkan banyak lagi khasiat pokok ini.

Saya turunkan sekali lagi khasiat pokok malberi ini iaitu antara lain dapat membantu mengatasi atau mengurangkan penyak1t berikut :

????Penawar dan mencegah penyak1t kencing manis (diabetes)
????Mengawal serta mengurangkan k0lesterol dalam pembuluh d4rah
????Mengawal serta mengurangkan tek4nan d4rah tinggi
????Membantu mengelakkan ser4ngan sak1t jantung
????Membantu dalam keh1langan berat badan
????Mengurangkan keadaan asma yang tervk
????Melambatkan proses penuaan dan meremajakan kekuatan anda
????Mengurangkan ris1ko kerapvhan tulang kerana kandungan kalsium yang tinggi
????Meredakan batuk, perasaan cemas dan kegelisahan
????Mengurangkan kesak1tan ketika datang haid
????Membantu perjalanan haid yang tidak teratur
????Menambahkan tenaga
????*Meningkatkan produksi susu badan*
????Membantu mengurangkan migraine, sukar tidur malam (insomnia) dan hipertensi

Pokok malberi mempunyai semua 18 as1d amino dan mengandungi vitamin B, B1, B2, C, as1d folik, potassium yang amat diperlukan oleh badan kita.

Apa kata kalau kita tanam sepokok dua sebab pokok malberry senang ditanam iaitu hanya dengan keratan batang. Setelah muncul pucuk, buahnya akan menyusul.

Walaupun terdapat pelbagai khasiat dan kebaikan Mulberry, namun perlulah mendapatkan nasihat daripada pengamal perubatan bagi mengelakkan kemudaratan.

Nak apa2 info tambahan, pls google ya

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @KhalifahMedia

 

 

Sumber: Keluarga via Halmi Yusoff, Nadzir Shafie

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*