Kenapa Mat Salleh Suka Minum Jus Oren Waktu Pagi?

Perasan tak bila setiap kali lihat filem atau drama dari barat terutamanya Amerika Syarikat pasti anda babak waktu pagi dimana pelakon sedang meneguk jus oren. Sudah seperti kemestian mereka untuk ambil jus oren sebagai menu sarapan. Samalah seperti kita di Malaysia iaitu teh tarik atau kopi panas.

Namun kenapa agaknya Mat Salleh lebih suka mengambil jus oren berbanding minuman lain pada sarapan pagi. Mesti ada kelebihan dan manfaat tersendiri. Jom bongkar… 

Jadi lebih segar

Kandungan gula semulajadi dalam oren akan membantu anda terasa lebih segar dan bertenaga. Kajian juga mengatakan warna ceria buah oren juga memberi stimulasi bagus untuk konsentrasi dan meningkatkan tenaga. 

Penyerapan nutrisi

Dikatakan juga penyerapan nutrisi pada waktu pagi lebih baik kerana ketika itu perut kosong dan bersedia menerima apa sahaja kebaikan. Jadi minum jus buah ketika itu telah menjamin anda mendapat pelbagai kebaikan vitamin dan nutrisi.

Metabolism tinggi

Sistem penghadaman juga jadi lebih bagus dan sekaligus memberi anda metabolism yang tinggi. Senang kata, jus oren memudahkan pencernaan anda. Pagi-pagi badan dah terasa ringan.

Namun anda harus berwaspada, dikhuatiri asid dalam jus oren boleh memberi kesan senak atau tidak selesa pada perut yang sens1tif. Lebih lagi pada mereka yang kerap terkena ulser perut.

Bila kita menginap di hotel, kita selalu perasan jus oren akan dihidangkan ketika waktu bersarapan bersama-sama kopi, teh dan susu. Selain jus oren, kadang-kadang ada juga jus buah-buahan segar yang lain. Sebenarnya banyak kebaikan bila kita minum jus buah-buahan di waktu pagi. Antaranya mengelakkan sembelit dan melancarkan sistem penghadaman. Tapi kali ni saya nak fokus pada jus oren segar sahaja.

Banyak sangat kebaikan kalau kita minum jus oren setiap hari lebih-lebih lagi jika disediakan segar dirumah. Biasanya yang dalam kotak tu, dah dicampur bahan pengawet ataupun gula yang berlebihan. Jadi saya nak kongsikan dengan semua betapa bagusnya kita minum jus oren setiap hari!

~ Vitamin C – Rasanya ramai sedia maklum bahawa oren memang kaya dengan Vitamin C. Ianya adalah sebahagian dari keluarga buah sitrus yang boleh membantu meningkatkan imun sistem supaya badan dapat menentang infeksi dan penyakit dengan lebih baik. Selain daripada itu, Vitamin C juga dapat memastikan tubuh badan menyerap kalsium dan zat besi dengan baik.

~ Hesperidin – atau dikenali sebagai bioflavonoid (macam biasa dengar je pasal bioflavonoid ni kan? hihihi). Fungsinya adalah untuk membantu fungsi saluran d4rah dalam badan, mengawal tekanan d4rah yang normal dan mengelakkan masalah penyakit kardiovaskular.

~ As1d folik – sangat penting untuk wanita yang ingin hamil dan sedang hamil. Ibu yang hamil memerlukan asid folik agar dapat mengelakkan masalah pada saraf tunjang dan otak bayi.

~ Masalah kulit – ianya membantu membersih dan mengecilkan pori di kulit. Jus oren juga dipercayai dapat mengelakkan kedut dan garisan halus di muka.

~ Kolagen – kandungan Vitamin C yang tinggi dalam jus oren adalah sangat baik untuk penghasilan kolagen. Ianya bukan sahaja untuk kulit malah kolagen adalah struktur penting dalam tulang, sendi, ligamen dan saluran d4rah.

Selain dari yang saya kongsikan di atas, sebenarnya ada banyak lagi kebaikan jus oren. Namun, dalam kebaikannya, jus oren mengandungi kadar gula yang tinggi meskipun yang diperah secara semulajadi. Pengambilan yang berlebihan tanpa diseimbangkan dengan air masak mungkin akan mendatangkan kebvrukan.

Semoga bermanafaat!

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @KhalifahMedia

 

 

Sumber : Limau Madu

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*