Kurus Bukan Nak Cantik Dan Sihat Je Tapi Nak Mudahkan Amal Ibadah, Ini 18 Mitos Diet Kena Tahu

Hendak turunkan berat badan bukan semata-mata sebab kita hendak sihat dan kekal fit. Islam sendiri pun menggalakkan kita menjaga kesihatan termasuklah dalam soal mengawal berat badan. Sebenarnya apabila berat badan terkawal, kesihatan jadi lebih baik. Badan jadi lebih ‘ringan’ dan secara tidak langsung memudahkan kita untuk melakukan amal ibadat.

Tidak dapat dinafikan bahawa memang banyak p4ntang l4rang atau petua untuk menurunkan berat badan. Ada sesetengah mendakwa minuman berais dan nasi putih adalah punca utama kegemukan. Namun sebenarnya dakwaan itu hanyalah mitos semata-mata

Di Facebook, coach kesihatan Sha Rini berkongsi 18 mitos diet yang masih dipercayai ramai orang. Jom semak!

Masih banyak mitos diet yang masih ada orang percaya sehingga sekarang. Hopefully by 2019 kita semua dah lebih berilmu dan boleh bezakan yang mana mitos dan yang mana benar.

1. Air ais tidak bekukan lemak. Air panas tak cairkan lemak. Air limau/lemon tak potong lemak. Kandungan lemak tetap sama walau kau minum air sejuk beku atau air mendidih terb4kar tekak.

2. Buah warna kuning tidak “lebih jahat” dari buah warna hijau, merah, purple, kalerful. Kandungan gula dalam buah BUKAN bergantung pada warna buah. Asalkan dimakan ikut portion yang betul dan awak bukan diabetic, buah warna kuning bukan penyebab awak tak kurus.

3. Air detox, air greentea, chia seed tidak buat awak kurus, kalau awak tak jaga makan.

4. Air ais TIDAK MEMBUNCITKAN. Yang buat bunc1t tu lemak kawasan abdomen terutamanya visceral fat.

5. Walaupun sayuran dan buahan itu makanan yang sihat, makan secara berlebihan jugak boleh memvdaratkan. Bersederhana.

6. Nasik BUKAN penyebab gemuk utama.

USUS TAK PERLU DETOKS

7. Makanan/minuman TANPA LEMAK TIDAK SEMESTINYA BAIK untuk anda.

8. Usus TIDAK PERLU di detox atau dicuci. Makan dengan sihat dan workout secara regular membantu kesihatan usus anda.

9. Teh detox tidak elok untuk usus. Ia memaksa usus anda bergerak, dan akhirnya nanti usus anda akan jadi malas dan tidak ada nature sendiri.

10. Epal, hijau atau merah boleh saja dimakan masa diet. Darjatnya sama walaupun rasa tak sama ???? tidak semestinya yang masam itu lebih baik dari yang manis, kecuali muka yg masam memang tak elok utk semua org. Haha.

11. Rambutan, nangka, ciku, langsat boleh saja dijadikan snacking, tak semestinya epal, jambu, blueberry, stroberi, avocado. Keypoint adalah “portion”.

12. Untuk lose weight, tak semestinya kena makan salmon, avocado, berries, oat, pasta, dada ayam sahaja. Boleh aje mkn ikan kembung, nasik putih, buah rambutan, mee, bihun asalkan tau had masing2.

13. Kita hanya perlu minum air secukupnya mengikut keperluan badan masing2. Tak perlu buat kolam utk pelihara ikan dlm perut ???? anggaran 30ml utk setiap kg berat bdn atau tgk warna urin jernih atau light yellow sudah memadai. Pengambilan air yang berlebihan juga boleh mengg4ngu keseimbangan elektrolit dalam badan.

HATI-HATI DENGAN MINUMAN MANIS

14. Minuman yang berlabel “Kurang Gula” bukan bermaksud kurang manis. Gulanya masih banyak cuma kurang dari amaun sebelumnya.

15. Makanan berlabel “Tiada Gula Tambahan” atau “No Added Sugar” bermaksud tiada gula putih “ditambah” kepada produk tersebut. Bermaksud, produk tersebut mungkin masih ada amaun gula yg sama seperti yang asal atau dia tak guna gula putih tapi ada gula tiruan seperti maltodextrine, dextrose, maltitol, xylitol, aspartame dsb.

16. Berpeluh dengan banyak semasa workout BUKAN bermaksud awak bvrn banyak kalori. Berpeluh atau tidak, bukan benchmark utk calories bvrn. Some people sweat a lot. Some dont. Kelenjar peluh kita tak sama.

17. Workout tutup kipas/aircond supaya byk peluh is so yester-year. MOVE ON.

18. Pakai baju hujan masa jogging supaya banyak peluh is also so yester-year. Please. Its almost 2020 now. MOVE ON.

Banyak dah ni. Ada nak tambah? Bleh tambah kat bawah ye hehe

Ada yang terkena tak sedas dua?

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @KhalifahMedia

 

 

Sumber : Sha Rini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*