(Video)Kisah Persahabatan Tuan Dengan Kucing Dibela Yang Mempunyai Warna Mata Unik Dan Sama

Kucing sudah sekian lama dianggap sebagai ‘kawan’ manusia dan kanak-kanak daripada Okhlahoma ini mungkin sudah menemui ‘teman sejati’ sejak membela seekor kucing.

Kedua-dua mereka mempunyai perbezaan yang unik tetapi apa yang menariknya pada masa yang sama perbezaan tersebut turut membuatkan mereka kelihatan seolah-olah sama.

View this post on Instagram

These two 😍😻

A post shared by @ maddenandmoon on

Madden Humphreys mempunyai sepasang mata yang berlainan warna yang disebut sebagai complete heterochromia iridum , begitu juga dengan kucing yang dibelanya.

Humphreys mempunya warna mata biru di sebelah kanan dan hijau di sebalah kiri, juga sama seperti kucing yang dibelanya.

Malangnya, keunikkan tersebut tidak menjadikan Humphreys diterima baik oleh rakan sebaya. Dia menjadi mangsa buli kerana keunikkan matanya dianggap sebagai pelik oleh orang lain.

Dia merasa terasing kerana sukar untuk mencari sesiapa yang mempunyai mata yang sama dengannya. Namun semua itu berubah apabila dia terjumpa dengan seekor kucing.

Kucing yang diberi nama Moon memberi kegembiraan kepada Humphreys dan sejak itu dia tidak lagi merasa terasing.

Bagi ibunya dan orang ramai yang melihat persahabatan diantara Humphreys dan Moon, mereka tidak dapat menolak idea bahawa Moon mungkin dilahirkan ke dunia untuk menjadi teman kepada Humphreys.

Sumber: maddenandmoonMy Positive Outlooks

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*