Terbukti Berkesan! Elak Kucing ‘Membuang’ Merata Di Depan Rumah Dengan Semburan Ini. Hanya Guna 2 Bahan Ini Sahaja.

Biarpun kucing menjadi antara haiwan peliharaan yang digemari ramai. Namun tidak dinafikan juga dek kerana tabiat kucing yang suka ‘membuang’ di merata-rata, membuatkan kita sering mencari solusi untuk atasi masalah itu.

Perlbagai cara dicuba dan hinggakan pernah suatu ketika dahulu viral tentang teknik meletakkan air merah di dalam botol sebagai cara terbaik untuk menghindarkan kucing membuang najis merata-rata.

Pun begitu, melalui perkongsian daripada Puan Ella Ahmad ada cara lain digunakannya dan terbukti berkesan.

Untuk itu, jom ketahui detail apa yang telah dilakukannya.

Kencing/tahi kucing bersepah-sepah kat car porch..Pernah tak jadi camni? Yang letak air merah dalam botol dah tak jalan..kucing sekarang dah sekolah..Ok iols nak share apa yang iols buat supaya kucing-kucing ni tidak berak/kencing kat car porch..Resipi buat sendiri je pakai logik akal..jangan risau simple nau-nau..

BAHAN-BAHAN: 

7-10 titis cuka makan (pada firasat sis, baunya yang masam so busuk so kucing tak berkenan nak kencing/berak kat tempat yang disembur itu)

1/4 penutup pelembut kain (tak kisah la brand ape sebab nak bagi wangi cikit je, sebab kalau letak cuka saja nanti bau busuk, kalau letak pelembut kain ini wangi la sikit baunya.

Air paip (agak-agak sampai penuh bekas spray)

CARA PENYEDIAAN:

1. Isi sumua bahan di dalam botol spray.

2. Goncang-goncangkan dan sudah boleh spray dekat tempat mana yang kucing suka kencing berak

Alhamdulillah setakat ni car porch sis dah bebas bau kencing kucing. Kalau tak, buka saja sliding door rasa nak pengsan. Sspray la 2 hari sekali. Kalau rajin, spray hari-hari pun tak mengapa. Selamat mencuba guys..

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @KhalifahMedia

 

 

Sumber : Keluarga via Ella Ahmad 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*