“Ada Je RM 20 Terus Simpan!” – Wanita Ini Dapat Kumpul Lebih RM10K Dalam Masa Setahun.

Setiap antara kita tentu ada melakukan tabungan, amalan ini harus dilakukan secara konsisten agar bila tiba waktu kecemasan, wang tersebut boleh digunakan.  Pun begitu, ada juga dikalangan kita hari ini menabung untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati. Contohnya untuk membeli barang kemas, beli handbag berjenama atau pun untuk melancong.

Untuk itu, bagi merasai amalam menabung ini lebih menyeronokkan, apa kata kita cuba gunakan cara yang dipraktikkan oleh wanita ini. Jom semak.

Sini Lia kongsikan tip luar biasa simpan RM20, selepas 1 tahun simpanan boleh cecah RM10,000! Pada mulanya kita mungkin rasa sangat beban, tapi tahu tak dengan cara ini kita boleh buat simpanan yang luar biasa!

Lia dah mula simpan duit RM20 dari 2 tahun yang lepas lagi. Lia yakin dan percaya, dengan permulaan RM20 je kita boleh ada simpanan sebanyak RM10,000.

Caranya sangat mudah

1. Set target duit nak berapa RM

2. Perlu ada tempoh masa, contoh 6 bulan, 12 bulan atau 24 bulan

3. Fikirkan tujuan menyimpan ini untuk apa, untuk anak no 1? Untuk travel? Untuk majlis nikah? Handbeg?

4. Pilih salah 1 warna je duit untuk mulakan menabung ni, sama ada nak warna hijau (RM5) atau warna oren (RM20). Contoh anda pilih RM20 untuk mulakan simpanan.

5. Perkara penting! Setiap kali terima RM20, wajib asingkan duit RM20 tu dan masukkan ke dalam tabung simpanan anda.

6. Andai kata emergency, dan dalam dompet ada RM20 je. Boleh guna, namun perlu di ganti dengan gandakan duit RM20 tersebut. Jadi kena masukkan RM40 ke dalam tabung simpanan sebagai denda.

7. Ajak pasangan anda buat sama-sama sekali untuk bagi motivasi dan saling ingat-mengingati tentang menyimpan ni.

8. Bagi yang masih single, macam Lia, Lia buat dengan sahabat baik Lia iaitu Yuyu. Kitorang suka dan rajin buat simpanan macam ni.

9. Pantang larang! Jangan sesekali pecahkan tabung simpanan selagi tak mencapai usia matang.

10. Bila dah capai tempoh masa yang anda tetapkan, kirakan jumlah RM20 simpanan anda. Katakan total simpanan RM10,400, darab dengan 2.5% sebagai reward diri dan 2.5% untuk sedekah di masjid.

Contoh.

RM10,400 x 5% = RM520

RM520 / 2 = RM260

Jadi, RM260 untuk reward diri, RM260 untuk sedekah.

Baki tinggal = RM9,880 boleh la guna duit ini dengan tujuan asal! Best kan sambil menyimpan, sambil kita boleh sedekah dan reward diri. Kan?

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @KhalifahMedia

 

 

Sumber : Keluarga via Nur Aliah Mohd Nor

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*