Tinggalkan Bungkusan Air Dalam Pasu, Tip Supaya Tanaman Tak Layu Bila Balik Kampung

Bagi yang suka bercucuk tanam di halaman rumah, pasti susah hati untuk tinggalkan rumah dalam jangka masa yang lama. Takut tanaman layv dan m4ti bila tak bersiram.

Tapi tip dari Puan Lina Sahedin yang dikongsi melalui Facebook Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri ini mampu mengelak situasi pokok bunga atau tanaman m4ti dari terjadi. 

Caranya mudah dan murah, modal cuma plastik dan getah saja. Kreatif sungguh!

Modal cuma plastik & getah

Beginilah cara saya buat kalau nak tinggal rumah dalam beberapa hari. Saya buat begini, mudah modal kurang sebab saya ada banyak jugak pasu depan, belakang dan tepi rumah.

Caranya:

1. Isi air dalam plastik dan ikat tapi jangan ikat terlalu padat sebab air keluar akan cepat. Biar longgar saja plastik.

2. Cucuk plastik berisi air dengan hujung jarum peniti agar air dapat keluar secara perlahan.

3. Insya-Allah cara ni boleh bertahan beberapa hari. Selamat mencuba semua.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @KhalifahMedia

 

 

Sumber : Vanilla Kismis via Lina Sahedin 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*