Wanita Berniqab Ini Kongsi 10 Tip Jika Mahu ‘Berhijrah’

Hijrah yang dilakukan dalam diri seseorang ialah untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik. Hijrah bukan sahaja dari sudut material, malah menyeluruh meliputi fizikal dan rohani. Apabila kita mengambil pendekatan atau tindakan untuk berhijrah, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah memahami erti hijrah.

Penting untuk menterjemahkan makna hijrah dalam kehidupan supaya ia memberi makna yang padu, tepat dan benar. Hijrah tidak boleh dipandang daripada sudut material semata-mata seperti daripada hidup sederhana kepada hidup lebih kaya, atau dari susah menjadi senang. Sebaliknya, hijrah perlu berlaku secara menyeluruh meliputi fizikal dan rohani.

Baca perkongsian Nurul Hassanah tentang hijrah.

Tip Hijrah

1. Hati kena kuat. Niat kena betul.

Segala amal bermula daripada niat. Kalau sekadar hangat-hangat tahi ayam, nescaya hijrah itu takkan lama. Hijrah kerana Allah pasti ‘automatik’ hati jadi kuat. Biasalah tu, bila tahap awal berubah, dimaki dikutuk disisihkan, kita akan menggelabah. Tapi lama-kelamaan kita akan tenang. Sebab apa? Sebab kita buat kerana Allah.

2. Doa senjata orang mukmin.

Dalam Al-quran, Allah ada sebut, berdoalah kepada-Ku, akan Ku perkenankan bagimu. Bukti Allah itu Maha Baik. Dia suruh kita berdoa dan meminta apa saja kepada-Nya. Bukti Allah itu Maha kaya, Maha Pemurah. Jadi banyak-banyak lah berdoa. Setakat ini tiada lagi masuk buletin utama, atau terpampang di dada-dada akhbar orang yang berdoa orang yang gagal dalam hidup.

3. Sahabat yang soleh.

Bagaimana sahabat kita, macam tu lah kita. Akhlak kita dipengaruhi oleh sahabat kita. Saya cakap bukan saja-saja main hentam. Tapi ini berdasarkan pengalaman sendiri. Contoh bila saya duduk pondok, saya terpengaruh sahabat sekeliling untuk selalu lafaz, Subhanallah! Masya Allah Tabarakallah! Allahu! Tapi bila saya duk lepak dengan kawan Uni, saya kadang terpengaruh dengan ucapan kurang manis seperti kuajaqqqqqqq!! Bo*oh. Etc.. Sebab apa yang telinga kita dengar, akan ada satu ‘record’ yang terus disampaikan naik ke saraf otak.

4. Tidak berkira atas setiap ajakan ke majlis ilmu.

Memang kita pun selalu sibuk dan ada limit masa. Student kena study, pekerja kena kerja, yang bisness kena meniaga. Tapi kalau selama 30 tahun tempoh hayat kita buat benda sama tang mana kita nak persembahkan kat Allah nanti ? Apa salahnya kita ‘korbankan’ masa untuk mengisi jiwa. Orang yang semangat nak hijrah selalunya sentiasa ‘teruja’ dengan setiap peluang. Excited nak cari majlis ilmu. Kita angan-angan nak ke syurga tapi taman-taman syurga kat dunia pun kita tak pandang. Ingatlah, majlis ilmu itu umpama taman-taman syurga, ada ramai malaikat mendoakan kita kat situ.

5. Cari suasana tarbiyah

Kalau dulu suka simpan dan kumpul lagu korea, cuba tukar kepada zikrullah dan bacaan tilawah. Kalau dulu kat facebook, instagram, wechat, twitter asyik cakap pasal makan KFC, pastu update hari ini aku pi keyellll, hari ini aku pi Keyellll, bubuh gambar guna camera 360 berserta dengan caption ” kita tak comey “, buka laman web yang asyik nak troll orang apa kata ubah perlahan-lahan. Lihat page Ulamak, Ustaz dan Ustazah yang boleh kita ikuti dakwah mereka, subsribe banyak-banyak, so home kita tidaklah penuh dengan benda-benda mengarut. Cari suasana tarbiyah ni bukan setakat di media sosial tapi juga di alam realiti.

6. Banyakkan membaca

Rasulullah SAW, semasa terima wahyu, Jibrail kata, “bacalah”. Tengok ? Di awal penerimaan islam pun Nabi dah kena suruh membaca. Takkan kita ni umat yang tak maksum malas baca pula ? Ya faham, duit tak banyak. Ada ciput ja. Barang naik. Ekonomi merosot. Tapi semua tu dunia ja. Kalau kita nak ilmu, kita takkan berkira pun sebenarnya. Kalau tak dapat beli sebulan sekali, belilah setahun sekali. Beli buku agama dan kitab yang boleh kita baca menambahkan lagi pengetahuan. Paling penting cari guru untuk menilai kitab tersebut sama ada sahih atau tak.

7. Tidak bertangguh.

Yang ni ramai spesis manusia di bumi terlepas pandang termasuklah saya. Bila malam nangis-nangis nak taubat, tapi bangun esok pagi perangai masih sama. Kenapa ? Sebab bertangguh. Tiada kejayaan bagi orang yang bertangguh. Tangguh nak jadi baik, tangguh nak hijrah, tangguh nak solat, nak tutup aurat, tangguh nak belajar fardhu ain dan sebagainya. Ingat, mati itu secara tiba-tiba. No tangguh-tangguh.

8. Belajar dan mengajar.

Bila kita dah rasa cari suasana tarbiyah dan suasana hijrah, kita dah dapat sahabat soleh, kita dah hadiri macam-macam majlis ilmu, maka jangan lupakan mereka yang di bawah. Ajar dekat mereka apa yang kita mampu. Ini peluang kita mula taaruf (kenal) dengan dakwah. Ini masa untuk kumpul saham pahala. Once kita dah mengajar, automatik kita akan lebih ingat sesuatu ilmu tu. Jadi teruskan belajar dan mengajar.

9. Tidak memandang rendah kepada kawan yang belum hijrah.

Ingat, Nabi Nuh dakwah ribu tahun tapi berapa ramai yang ikut ? Tak ramai. Hatta isteri dan anaknya pun tak ikut. Bukti hidayah itu milik Allah. Kita mampu nasihat, tapi kita tak ada kudrat untuk beri hidayah. Itu terpulang kepada mereka nak ‘cari’ hidayah Allah atau tak, tapi kita yang dah dapat hidayah ni, teruskan menasihati dengan baik. Jangan sesekali rasa diri baik, ia akan merosakkan amal-amal kita. Nauzubillah.

10. Istiqamah.

Ramai yang tersungkur bila dulu hidup dalam suasana tarbiyah, kini menjadi futur dan putus asa. Dah seperti bukan dalam suasana beragama, dah tak rindukan ilmu, taknak mengisi jiwa dengan ibadah. Sebab tu ramai orang berubah tapi tak ramai yang berjaya istiqamah. Ingatlah, syurga tu bukan free-free nak masuk. Hatta atas dunia ni, nak masuk toilet tempat yang ‘kotor’ pun kena caj. Inikan syurga Allah yang indah abadi ? Apa guna dapat syurga dengan senang-lenang, kenalah ada sesuatu yang ‘diusahakan’ untuk mendapat syurga itu. Kalau kita dah tak istiqamah, tak kuat, tak berdaya, cepat-cepat tengok balik tips yang pertama. Niat kena betul. Insya Allah kita akan istiqamah.

 

Sumber : Kashoorga

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*