“Inilah Selfie Terakhir Kita” – Perkongsian Sang Suami Ini Sangat Menyentuh Hati

Walaupun hidup serumah dan tidur sekatil, bukan semua suami dapat memahami apa yang dirasai oleh isteri. Segala keletihan yang dihadapi isteri ada ketikanya dipendamkan sahaja bagi menjaga hati suami ataupun mungkin kerana tidak mahu membeb4nkan suami.

Setiap yang hidup itu pasti m4ti. Namun cara bagaimana kita akan dijemput Ilahi, terus kekal menjadi rahsia Tuhan hingga sampai detiknya itu.

Cuma apa yang boleh kita serta seisi keluarga lakukan, terus berdoa untuk pengakhiran hidup yang baik dan sempurna.

Manakala perkongsian daripada seorang suami ini pula cukup menyentuh hati. Suri hatinya telah pergi dahulu daripadanya dengan meninggalkan seorang zuriat.

Mengabadikan kenangan, turut berselfie dan meluah rasa hati diakuan FB-nya. Cukup syahdu dan didoakan r0h isterinya berada di dalam golongan orang-orang yang beriman…Amin.

Untuk itu, ikuti perkongsian penuh posting daripada seorang suami bernama Mohamad Khusyairi ini.

“SELFIE TERAKHIR”

Maafkan abang sayang andai selama ni abang banyak salah.. Maafkan abang andai banyak terleka.. Maafkan abang andai banyak hajat sayang  tak tertunai.. Maafkan abang..

Harini abang  tak tidur.. Harini abang duduk sebelah sayang.. Harini abang bisik kalimah syahadah di telinga sayang.. sampai sayang hembuskan nafas ter4khir.

Selalu bila sayang sak1t abang mandikan sayang.. Tapi harini adalah kali terakhir abang mandikan sayang..

Abg usap lembut tangan yang masakkan abang setiap hari.. Abang usap parut yang selalu abang sapukan ubat.. Abang belai wajah yang selalu abang kvcup.. Abang belai perut yang mengandungkan zuriat abang..

Lepas ni tak ada dah abang nak potongkan kuku sayang.. Lepas ni tak ada dah abang tolak sayang pakai wheelchair.. Lepas ni tak ada dah abang hantar sayang check up appoinment doktor.. Lepas ni tak ada dah abang buatkan air gula untuk sayang..

Abang letih, abang tak tidur, tapi abang gagahkan jugak peluk sayang, abang gagahkan jugak turunkan sayang ke liang l4had, abang gagahkan juga mencangkul walaupun kaki dan tangan dah menggigil..

Sebab abang tau ini kali terakhir abang buat semua tu untuk sayang..

Adi marah bila orang tanam ummi dia.. Adi meng4muk.. Adi suruh kejutkan ummi.. Adi nak ikut ummi masuk sekali.. Yelah, kita kan selalu berlakon pura-pura m4ti depan dia.. Dia tak tau harini yang sayang  tak pura-pura.

Semuanya dah berlalu sayang.. Syg pergi dengan mudah.. Sayang tak mend3rita lagi dah atas dunia ni.. Amanah yang sayang tinggalkan untuk abang ni akan abang jaga sebaik mungkin.

Kita tak banyak gambar selfie bersama sebab abang malu nak bergambar.. Jadi ini lah SELFIE TERAKHIR kita.. Akan abang kenang smpai bila-bila kenangan kita berdua dan bertiga..

Kisah meruntun jiwa ini pula tentang pengorbanan isteri yang dikongsikan Ustaz Ebit Lew ini wajar dijadikan panduan oleh semua suami. Janganlah hanya memandang atau mencari isteri apabila anda memerlukannya sahaja.

Luangkan masa untuk mendengar setiap keluhan mahupun masalah isteri serta jadilah seorang pendengar yang setia dalam setiap perkongsiannya. Ingatlah bahawa kemuncak takwa ialah akhlak yang baik dan kkemuncak akhlak yang baik apabila suami berbuat baik terhadap isteri.

Tadi semasa di kuantan, seorang lelaki jumpa saya dan kata saya tak fahamlah wanita ni ustaz. Dan saya dah tak nak faham. Saya nak berpisah dah sebab kami tak sehaluan.

Cuba abang tulis kebaikan isteri abang..

Saya tak tahulah ustaz, saya dah tak nampak baik dia. Saya pun penat.

Biar saya bagitahu abang sebuah kisah. Kisah ni realiti yang berlaku. Bila kita suami sak1t. Demam. Pening. Kita mengadu pada siapa. Isterikan. Saya tengah malam kadang sak1t. Isteri tolong urutkan. Buatkan air panas. Risau. Carikan apa-apa ubat. Layan sak1t kita..

Isteri jaga anak-anak. Dia bagi kita rehat.

Bila anak sak1t. Mereka mengadu dengan siapa. Dengan ibunya. Anak merengek sape layankan. Ibunya. Setiap hari tanpa jemu.

Tapi isteri sak1t, pening, migrain, sak1t perut, susah. Dia mengadu pada siapa? Tiada siapa abang. Suami? Banyak tak nak dengar. Paling-paling tanya teruk ke? Pergilah klinik. Ala sikit jer.

Kadang mengadu sak1t kena m4rah lagi. Jika sebuah keluarga semuanya sak1it demam. Kita suami demam. Isteri demam. Anak demam. Sape yang jadi kuat dan akan macam sihat? Isteri… mereka sayang dan risau yang lain terlupa dia pun demam dan sak1t.

Mereka tiada tempat mengadu. Kawan pun terhad. Mereka seorang diri cuma luah dengan air mata seorang diri. Biasanya.

Wanita kuat dan tabah. Dia bersalin anak kita. Berapa kali m4ti untuk kita. 9 bulan bawa perut sana sini. Lepas bersalin, terus susukan anak. Berjam-jam. Rehat sekejap anak menangis nak susu lagi…

24 jam urus semua tanpa rehat. Bersuami tapi tak boleh berbual. Tak nak dengar. Dah ler takde kawan-kawan. Takde sesiapa. Jika suami tak sudi nak dengar, siapa lagi teman untuk berbual dan bercerita. Sedih bila fikir cuma diperlukan baru dipandang. Akhirnya bawa sedih dan duka seorang diri.

Begitulah mak kita. Begitulah isteri kita abang. Siapa nak bimbing mereka kalau bukan kita. Kita boleh mengorat dia siang malam masa kita nak. Takkan tak boleh mengorat mereka sekali lagi untuk pimpin mereka masuk syurga?

Susah ke abang?

Abang tadi menangis. Saya pun sebak. Sebab masa ceramah di smart sekolah yang saya cintai. Saya teringat mak saya. Teringat guru dan mak yang banyak nasihat saya. Banyak wanita. Semua Nabi-Nabi lelaki. Tetapi yang melahirkan semua Nabi ialah wanita. Berilah masa.

Fahamilah mereka. Dengarilah mereka. Air mata isteri kita mahal. Al-Quran dan Sunnah Nabi SAW ubat rumahtangga hari ini. Berilah masa belajar iman. Hidupkan Ta’lim rumah..

Baik ustaz. Terima kaseh. Baru saya faham kenapa ustaz amat cintakan wanita.

Rasulullah SAW sendiri orang paling hargai keluarga. Kita semua sama. Yang bezakan kita di sisi Allah ialah takwa. Kemuncak takwa ialah akhlak yang baik. Kemuncak akhlak yang baik ialah buat baik terhadap isteri.

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @KhalifahMedia

 

 

Sumber : Rojak Media

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*