Lebih 20 Tahun Wanita Ini Bertopeng, Alasannya Tidak Mahu Menjadi Beban Membuatkan Suaminya Menangis Terharu

Mendirikan rumah tangga dan hidup bersama-sama lebih daripada 20 tahun, tetapi lelaki ini tidak pernah sekalipun menatap wajah isterinya. Jika anda berada ditempatnya, apakah perasaan anda?

Semuanya gara-gara tindakkan si isteri yang memilih untuk mengenakan topeng muka untuk sepanjang masa. Malah, sejak sebelum kahwin lagi lelaki ini tidak pernah tahu bagaimanakah rupa bakal isterinya.

Menurut laman TWGREATDAILY, hanya bahagian mata, mulut dan hidung wanita ini sahaja didedahkan kepada orang luar teramsuklah keluarga dan suaminya.

”Sudah lebih 20 tahun isteri saya memakai topeng. Orang luar sering kali menganggap isteri saya adalah seorang raks4sa ataupun orang g1la apabila berselisih,” kata si suami.

Ada satu ketika dedah si suami, dia pernah merasa risau dengan keputusan isterinya itu dan memaksa topeng itu dibuka. Bagaimanapun dia terkejut kerana isteri mengvgut untuk membvnuh diri sekiranya terus dip4ksa.

Tidak mahu kehilangan isterinya, si suami mengalah dan cuba mencari punca kenapa isterinya bertindak sedemikian dengan bertanya kepada ahli keluarga wanita tersebut.

Saat apabila dia mengetahui rahsia sebenar, barulah dia mengerti bahawa isterinya telah melakukan pengorbanan besar selama ini demi dirinya.

Bukan kerana rupa tidak cantik atau kulit tidak elok, tetapi mas4lah kesihatan menjadi punca si isteri bertindak memakai topeng.

Lebih-lebih lagi dia tahu bahawa suaminya tidak kaya, justeru dia tidak mahu membebankan suaminya dengan kos rawatan yang tinggi sekiranya tidak mengenakan topeng. Wanita itu juga tidak mahu masalah kesihatannya nanti menghalang dia daripada menyumbang tenaga membantu suaminya.

Menurut keluarga si wanita itu, dia mengalami masalah mudah pening sehingga pengsan sekiranya bahagian kepalanya terdedah kepada persekitaran luar.

Pemeriksaan lanjut mendapati bahawa wanita ini menghidapi masalah skizorfrenia iaitu satu masalah mental berkaitan halvnisasi, delvsi, pemikiran yang kacav dan perubahan tingkah laku.

Dengan memakai topeng berkenaan, dia merasa lebih selesa dan tidak terlalu terpengaruh dengan cakap-cakap manusia di sekeliling.

Mendengar sahaja alasan yang didedahkan oleh keluarga isterinya, si suami merasa amat sebak kerana mengenangkan pengorbanan isterinya yang rela dianggap g1la dan dilayan sebagai manusia tidak normal lebih daripada 20 tahun semata-mata kerana tidak mahu membebankan dirinya.

Si suami kemudian bertekad untuk membanting tulang setiap hari mengumpul wang demi mer4wat mas4lah yang dialami oleh isterinya itu.

Azamnya cuma satu, supaya isteri tidak lagi perlu bergantung pada topeng untuk menjalani kehidupan.

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @KhalifahMedia

 

 

Sumber : Siakap Keli via Tribun News

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*